, , , , ,

Lelaki Bujang Ini Kongsi Tip Bagaimana Hias Rumah Teres Setingkat Jadi Sebegini Cantik

Hias rumah yang cantik bukan sahaja diminati oleh wanita. Ia turut digemari oleh lelaki samada bujang atau sudah berkahwin. Berikutan itu timbul tata gaya hiasan cita rasa lelaki.

Test

Malah, ramai pereka hias terkenal juga terdiri daripada golongan lelaki dan rancangan televisyen berkaitan hiasan dalaman juga dipelopori oleh lelaki.

Terbaru, kami mahu tampilkan rumah seorang jurutera minyak dan gas yang masih bujang meminati hiasan dalaman rumah. Tak suka rumah bersepah, dia berasal dari Kedah ini bernama Mohd Firdaus Tahir atau nama panggilan Afie atau Daus.

Minat Afie bercambah sejak kecil terhadap hiasan rumah apabila selalu tengok ibunya mengemas rumah. Dalam masa yang sama Afie memang suka tengok benda cantik dan menarik.

Setelah tamat pengajian dan bekerja dalam bidang kejuruteraan, Afie tekad untuk merealisasikan segala idea menghias rumah dan inilah hasilnya (lihat gambar-gambar di bawah). Sungguh menarik hiasan dalaman dan susun aturnya.

Ruang Tamu

Walaupun rumah teres setingkat ini hanyalah rumah sewa, Afie tidak menjadikan ia penghalang dan keluasan yang agak terhad memberi cabaran buat Afie agar susun atur dalaman rumah nampak tidak serabut dan kemas.

“Idea tercetus bila berada di kedai hiasan dalaman favourite saya SSF dan memang suka benda yang nampak stylish. Ada juga saya refer internet, majalah dan group decoration di FB,” tulis Afie apabila ditanya tentang idea.

Turut merancang beli rumah sendiri dalam masa terdekat ini, tema rumah Afie boleh dikatakan bercirikan moden Inggeris dan setakat ini telah menggunakan hampir RM30,000 untuk menghias rumah sebegini dengan kebanyakan perabot dan barang hiasan rumah Afie dibeli di Fella Design, SSF, IKEA, Indek Living Mall dan Kaison.

Ruang Makan

“Sekarang pun memang banyak orang bujang yang suka hias-hias rumah ini sebab kedai-kedai hiasan dalaman memang banyak sekarang. Macam cendawan tumbuh lepas hujan,” tulis Afie.

Menurut Afie, tak salah jika orang bujang nak menghias rumah dengan cantik dan kemas. Tapi kena tengok pada kemampuan diri sendiri. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.

Ruang Bacaan

Bilik Tidur

Tip Hias Rumah Oleh Afie

1. Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.

2. Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.

3. Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.

4. Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.

5. Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.

6. Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula.

Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.

7. Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.

8. Bagi yang bajet terhad Afie mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.

Kredit: The Vocket & Afie

#tip #hias #rumahteres

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *