, , ,

5 Cara Musnahkan Nyamuk Dalam Rumah tanpa Guna Sebarang Bahan Kimia

Bila musim hujan je, mesti nyamuk banyak dalam rumah. Tahu tak kenapa? Ia disebabkan oleh kawasan persembunyian nyamuk seperti rumput dan celah dahun basah. Hari-hari kena sembur penyembur nyamuk. Tapi, bila dah hari-hari, dah jadi bahaya pula kepada kesihatan bila anda menggunkan semburan yang mempunyai kandungan kimia.
Selain gunakan semburan nyamuk yang anda beli di pasaran apa kata kali ni kita cuba beberapa kaedah organik atau mesra alam. Antara yang boleh anda lakukan adalah seperti:

1. Serbuk kopi
aburkan serbuk kopi ke dalam kawasan atau tempat yang menakung air. Telur-telur nyamuk yang telah dilepaskan di dalam air akan timbul ke permukaan. Apa bila terdedah kepada oxygen, telur-telur nyamuk tadi akan tercemar dan mati sebelum sempat menetas.

2. Bawang putih 
Hancurkan beberapa labu bawang putih bersama kulitnya. Kemudian rebus bawang putih tersebut bersama air untuk beberapa minit. Apabila air rebusan bawang putih tadi dah sejuk sepenuhnya, tapis dan semburkan di sekeliling dan penjuru kediaman. Aroma bawang putih tersebut tidak digemari dan akan membunuh nyamuk. Untuk elak anda di gigit nyamuk, amalkan untuk makan 3 ulas bawang putih setiap hari.

3. Perangkap nyamuk
Selain menggunakan perangkap nyamuk yang terdapat di pasaran, anda boleh cuba DIY sendiri dengan menggunkan 2 bahan mudah iaitu botol dan yis. Nak tahu cara buat perangkap nyamuk[klik sini]

4. Tanaman pencegah nyamuk
Tanaman herba bukan sahaja baik untuk kesihatan dan dapat menghalau nyamuk, tetapi ia juga dapat mengelakkan kehadiran serangga perosak yang mengganggu tumbesaran tanaman anda. Ini kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada tumbuhan ini mampu menghalau serangga perosak daripada singgah ke taman anda. Nak tahu jenis tanaman yang sesuai [klik sini]

5. Kulit durian
Alan-alang dah beli durian mahal-mahal tu, apa kata kita guna sebaik mungkin. Ini antara kegunaan kulit durian yang rugi kalau anda tak cuba. Nak tahu macam mana kulit durian mampu mencegah nyamuk di dalam kediaman anda.

Abu yang terhasil akibat pembakaran kulit durian akan menghasilkan aroma yang tidak digemari serangga terutamanya nyamuk dan lalat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *