, , ,

Jenis-jenis bidai atau tirai tingkap yang murah untuk tingkap rumah menawan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,  admin saya google di internet untuk lihat samada ada posting-posting yang ditulis dan dikongsikan di facebook atau blog-blog. Akhhirnya admin jumpa website Puan Rosi Ibrahim

Dari dilihat posting-posting beliau, beliau merupakan blogger tegar ni, dan beliau telah menulis 1 posting berkenaan bagaimana beliau memilih bidai untuk rumah beliau. Beliau juga ada senaraikan jenis-jenis bidai yang ada dipasarkan diluar sana.

Jom kita ikuti lebih lanjut perkongsian beliau.

#1 Roller Blinds (Bidai Gulung / Tirai Gulung)

Roller blinds ni sinonim la sebagai bidai tingkap pejabat. Tapi actually bidai gulung ni pun boleh pasang kat rumah. Pilih yang warna cantik mesti cantik la rumah tu.

Bidai TIngkap

Apa yang best bidai gulung ini? Bagi aku roller blinds untuk rumah ni sangat cantik. Banyak pilihan design dan warna menarik.

Bidai TIngkap

Roller blinds ni lagi best dari langsir sebab tak payah tukar2. Leceh kan nak cabut dan basuh langsir hehehe. 

#2 Vertical Blinds (Bidai Menegak / Tirai Menegak)

Vertical blinds atau bidai tingkap jenis menegak ni pun biasa dipasang sebagai bidai tingkap pejabat. Hospital pun aku tengok suka pasang bidai menegak ni. Bilah besar senang nak maintain kot.

Bidai TIngkap

Tempat kerja aku yang last dulu kat Bangsar South pun guna vertical blinds. Best jugak bidai menegak ni sebab kita boleh kawal kemasukan cahaya matahari ke dalam pejabat atau rumah.

Bidai TIngkap

#3 Bidai Kayu / Bidai Buluh (Wood Window Blind)

Tirai tingkap kayu / bidai tingkap buluh ini aku rasa macam bidai antik sikit. Tapi memang cantik sebagai deko rumah.

Bidai TIngkap

Biasa bidai kayu ni biasanya dipasang sebagai outdor blinds seperti di balkoni, patio, gazebo dan belakang rumah, dan sebagainya.

Tirai kayu / bidai buluh memang best sebab boleh buat rumah more peaceful macam rumah berada di kampung.

#4 Bidai Aluminimum (Venetian Blind)

Venetian blinds ni bidai jenis menegak yang bilahnya dibuat dari aluminium. Bidai yang klasik dengan sentuhan moden.

Bidai TIngkap

#5 Langsir Roman Blind (Langsir Bidai)

Roman blinds ni pun cantik juga. Banyak pilihan design yang menarik. Pilih je roman blinds yang sesuai dengan tema bilik korang.

Bidai TIngkap

Bagi aku bidai roman ni sesuai sangat untuk area dapur dan bilik kanak-kanak.

Bidai TIngkap

Harga Bidai Tingkap

Sebab banyak pulak jenis bidai @ window blinds maka aku pun mula lah aku rambang mata. Jenis bidai apakah yang aku nak beli? Roller blind, vertical blinds, bidai buluh, venetian blinds atau roman blinds?

Fikir punya fikir. Aku tak minat yang jenis tutup terus. Sebab bila roll nanti orang boleh nampak kita kat dalam. Kena letak plastik window protector gelap kalau macam tu.

Roman blind tu sweet. Tapi kalau tak roll cahaya pulak tak masuk. Bergelap pulak rumah. Pening jugak ni.

Last2 aku beli roller blind zebra design. Roller blind yang design zebra ni selang seli ada line telap cahaya @ transparent yang boleh masuk cahaya.

Bidai TIngkap

Siang kita boleh roll supaya bidai jadi selang seli macam ni. Malam boleh roll supaya bidai tutup semua. Best ke best?

Bidai Tingkap

Harga bidai tingkap? Kalau tempah kat kedai specialised bidai ni lebih RM400++ untuk tingkap biasa dua panel.

Mahal sebab dia kira harga ikut measurement tingkap. Aku nak letak bidai kat 2 tingkap area ruang tamu, 1 tingkap bilik Izzah dan 1 tingkap master bedroom.

Tingkap kat ruang tamu @ SOHO @ ruang kerja aku setiap satu 2 panel. Bilik aku tingkap saiz 2 panel biasa+ 2 panel kecik. Bilik Izzah tingkap 3 panel. Pergh. Kalau beli kat kedai specialised bidai tu mahu cecah beribu2 ringgit…uhukks!

Bidai Tingkap

Nasib baik kat Tesco ada gerai jual bidai ready made saiz tingkap biasa, saiz besar dan saiz kecik. Aku beli yang ready made kos semua dalam RM600+ only. 

Bidai Tingkap

Memang nampak kemas dan sweet sangat bila pasang bidai ni. Kalau ada rezeki beli rumah banglo besar kan. Aku nak pasang bidai seluruh rumah. Angan2 dulu..hehehee.

Berikut merupakan perkongsian Puan Rosi Ibrahim berkenaan bidai. Anda boleh dapatkan bidai zebra di kedai kami secara online di page facebook  kami iaitu page Gebo-Gebo

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 1

Downvotes percentage: 100.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *